Pandangan SUNNI dan SYI’AH mengenai peristiwa Ghadir Khum (Bahagian 2 / 2)

Namun, dari perspektif Sunni ia bermaksud perasaan cinta dan hubungan yang intim – berdasarkan fakta bahawa Muwalat adalah bertentangan dengan Mu`adat. Buktinya berasal dari tambahan hadith ini (yang dikatakan dhaif itu): “Ya Waali Allah man walaah wa` man adi `adaah”. (Ya Allah berbaiklah dengan sesiapa yang berbaik dengan beliau dan bermusuhlah kepada sesiapa yang bermusuh dengan dia). Oleh itu, kita bercakap mengenai muwalah dan mu`adat, iaitu cinta dan permusuhan. Bagi kita ia berkenaan cinta Rasul (saw) dan ummatnya yang khusus buat Saidina Ali (ra).

Sebelum kita melanjutkan bicara lagi, mari kita berbincang mengapa Nabi (saw) bersabda demikian.

Syi’ah mendakwa bahawa Nabi (saw) memberhenti perjalanan di tempat ini dalam keadaan cuaca yang panas dan mendakwa bilangan sahabat pada ketika lebih daripada 100 ribu orang dan ia adalah tempat bagi jemaah haji berkumpul dan sebab utama ucapan itu adalah Nabi (saw) mahu mengamanahkan ummat ini dengan ucapan “man kuntu mawlah fa Ali mawlah” bahawa Ali (ra) adalah pengganti Rasul (saw).

Mari kita kaji apakah sebab hadith ini dituturkan oleh Rasul (saw):

Dari Shahih Bukhari jilid 5, Jilid 59 Nomber 637: Diriwayatkan oleh Buraidah (ra): Nabi (saw) menghantar ‘Ali (ra) kepada Khalid (ra) untuk membawa khumus (cukai dari harta rampasan perang) tetapi saya membenci Ali (ra) di kala Ali (ra) melakukan mandi (mandi wajib – selepas bersetubuh dengan seorang hamba wanita dari Khumus itu).

Saya berkata kepada Khalid (ra), “Tidakkah kamu melihat ini (iaitu keadaan Ali ra mandi junub itu)?”
Apabila kami tiba kepada Nabi (saw) saya menyebut perkara itu kepada baginda (saw).

Baginda bersabda, “Wahai Buraida (ra), adakah kamu membenci Ali (ra)?”

Saya membalas. “Ya.”

Baginda (saw) bersabda, “Jangan kamu membenci dia (Ali ra), kerana dia berhak lebih daripada itu dari khumus.”

Dalam riwayat yang lain (al-Tirmithi dan Ahmad), sebagai tambahan kepada perkara di atas, Rasulullah (saw) bersabda: “Wahai Buraidah (ra), man kuntu mawlah fa Ali mawlah”.

Ali (ra) telah mengambil salah seorang hamba wanita yang bernama Waseefa dan selepas bersetubuh dengannya, Ali (ra) pun mandi (junuh). Buraidah (ra) marah (melihatnya).

Dia tidak berpuas hati perbuatan Ali (ra) mengambil salah seorang hamba untuk dirinya sendiri. Jadi beliau mengadu hal itu kepada Nabi (saw).

Al-Baihaqi meriwayatkan dari Abu Sa’id (ra) bahawa Ali (ra) menghalang mereka (para sahabat) daripada menunggang unta daripada harta rampasan yang mereka diperolehi. Dia kemudian memilih seseorang daripada kalangan menjadi amir (ketua) dan pergi kepada Nabi (saw).

Apabila Ali (ra) pulang, beliau mendapati bahawa Amir itu memberi izin mereka bagi menunggang unta-unta itu. Apabila Ali (rah) melihatnya, dia menjadi marah dan menyalahkan Amir itu. (Dalam riwayat yang lain, disebut bahawa ia adalah pakaian baru yang mana Ali (ra) menghalang mereka daripada memakainya tetapi mereka tetap memakainya).

Abu Sa’id (ra) berkata, “Apabila mereka sudah kembali ke Madinah, mereka mengadu kepada Nabi (saw) tentang kekerasan yang telah mereka alami dari Ali (ra).

Rasulullah (saw) bersabda: “Berhentilah wahai Saad bin Malik: Demi Allah aku tahu dia berbuat baik demi Allah.” (Ibn Kathir mengatakan bahawa hadis ini adalah daripada syarat-syarat Al-Nasaie – Ibnu Kathir memberitahu bahawa para-para sahabat (ra) mula bercakap-cakap mengenai Ali (ra) kerana telah menghalang mereka daripada menunggang unta (atau mengambil semula pakaian yang baru yang mereka perolehi).

Disebabkan kejadian itu, selepas Nabi (saw) mengerjakan Haji dan semasa kembali semula ke Madinah, baginda (saw) berhenti untuk menjelaskan kepada para sahabat (ra) beberapa sifat-sifat mulia yang ada pada Ali (ra) dan menekankan keintiman Ali (ra) dengan baginda (saw) dan pentingnya mereka agar mencintai Ali (rah). Baginda berbuat demikian untuk meleburkan perasaan yang terbuku dalam sebahagian hati para sahabat (ra) yang tidak berpuas hati dengan Ali (ra).

Itulah sebabnya mengapa Nabi (saw) melambatkan masa untuk menerangkan perkara ini sehinggalah mereka sudah separuh perjalanan ke Madinah dan itulah sebabnya baginda (saw) tidak berucap mengenainya di Makkah pada musim haji itu.

Pada hari Arafah, ketika Nabi (saw) bersabda pada para sahabatnya – baginda (saw) tidak menyentuh perkara ini sama sekali. Selepas baginda (saw) menyelesaikan khutbah terakhirnya, baginda bersabda “Adakah daku telah menyampaikan utusanNya”, maka para sahabat (ra) menjawab, “Ya”, maka baginda bersabda, “Ya, Allah menjadi saksi bagiku.”

Mengapa baginda (saw) lambat membicarakan topik ketidakpuasan hati di kalangan sahabat (ra) terhadap Ali (ra) sehingga selepas menunaikan fardhu haji?

Ia adalah kerana topik ini hanya menjadi keresahan di kalangan para-para sahabat dari kalangan penduduk Madinah sahaja – mereka mula bercakap-cakap tentang Ali (ra) kerana mereka adalah orang-orang yang bersama dengan Ali (ra) untuk peperangan itu.

Baginda hanya bercakap mengenainya di tempat yang dipanggil Ghadir Khum di sebuah tempat bernama Ju’fa, iaitu kira-kira 250 km dari Makkah.

Lokasi di peta yang ringkas ini cukup untuk menolak dakwaan Syi`ah bahawa Ghadir Khum adalah tempat perhimpunan itu bagi seluruh para sahabat yang menunaikan Haji (hujjaj).

Manusia berkumpul untuk menunaikan Haji di Makkah dan meninggalkan Haji dari Makkah. Para-para Hujjaj tidak pergi meninggalkan ke satu tempat yang terletak 250 km dari Makkah – ia adalah sesuatu yang mustahil.

Selepas Haji, penduduk Makkah terus tinggal di Makkah. Orang-orang Al-Taif pergi ke Al-Taif. Penduduk Yaman pergi ke Yaman. Orang-orang Kufah pergi ke Kufah dan sebagainya. Semua kaum pulang ke tempat asal mereka.

Orang-orang yang bersafar bersama Nabi (saw) adalah penduduk Madinah dan orang-orang yang menggunakan jalan Madinah untuk pulang ke kampung-kampung mereka. Orang-orang inilah yang Nabi (saw) sabdakan dengan perkataan, “man…..”.

Ucapan baginda (saw) juga bukan hanya berkenaan Ali (ra) sahaja walaupun Ali lebih berhak untuk ucapan itu (ra). Selain daripada perihal kemuliaan Ali (ra), Nabi (saw) menasihati para sahabat (ra) berkenaan al-Quran dan kepentingannya. Baginda kemudiannya mengingatkan agar mengasihi ahlul bayit iaitu keluarga Nabi (saw)(semoga Allah ridha dengan mereka semua) dengan menyebut Ali (ra) dan keturunannya. Jadi terdapat topik lain selain dari perihal keutamaan Ali (ra).

“Man kuntu mawlah fa Ali mawlah” yang bermakna “jika aku ini adalah ‘mawla’ bagi seseorang, maka Ali juga adalah ‘mawla’nya.”

Maksud Mawlah:-

Ibn Al-Atheer mengatakan bahawa perkataan (mawal) dalam bahasa Arab boleh bermakna:

Rabb = Tuhan
Malik = pemilik
Mun`im = dermawan
Mu’tiq = pembebas
Naser = penolong
Muheb = kekasih
Haleef = sekutu
‘Abd = hamba (contohnya: Zaid ibn haretha adalah mawla nabi (saw))
Sihr = adik ipar
Ibn al `am = sepupu
Orang-orang Arab menggunakan perkataan mawlah dengan makna semua perkara di atas.

Tetapi apa yang dimaksudkan oleh Nabi (saw) sesuai dengan sabdaannya?

Pertamanya, hadith ini tidak mempunyai bukti-bukti bagi Imamah (kepimpinan) kerana jika nabi (saw) mahu memberi bermakna khilafah atau Imamah, beliau tidak akan menggunakan perkataan yang boleh mempunyai semua makna ini iaitu mawlah.

Mungkin baginda (saw) akan bersabda seperti ini: “Ali adalah khalifah anda (atau imam) selepas saya, atau apabila daku wafat, dengar dan taat kepada Ali bin Abi Talib.” Namun, Nabi (saw) tidak menggunakan mana-mana perkataan itu dengan jelas. Beliau hanya berkata: “man kuntu …”.

Imam Shafi’i (rah) berkata bahawa ini adalah tentang ketaatan pada Islam sebagaimana Allah (swt) berfirman dalam al-Quran , Surah Muhammad, ayat 11:

“Ia adalah kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung (mawala) bagi orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang kafir tidak mempunyai pelindung bagi mereka.” (47:11)

Dalam Al-Quran (Surah Al-Hadid (Besi), ayat 15), Allah (swt) berfirman:

“Hari ini tiada tebusan yang akan diterima daripada kamu dan tidak bagi orang-orang yang kafir; tempat kamu ialah neraka; ia adalah rakan kamu (mawlakum) dan tempat kembali yang buruk.”

Allah memanggil api neraka sebagai “mawla” untuk menerangkan betapa rapatnya neraka itu dengan kaum kuffar. Perhatikan juga bahawa perkataan mawlah adalah berbeza daripada perkataan Wali. Wali berasal dari walayah yang kepimpinan. Manakala mawlah datang dari wilayah yang rapat, dicintai dan nusrah (bantuan).

Allah (swt) berfirman dalam al-Quran (Surah At-Tahrim, ayat 4):

“Maka sesungguhnya Allah-lah yang merupakan pemeliharanya (mawlah), Jibril dan orang-orang beriman yang berbuat baik, dan malaikat-malaikat itu adalah para penolongnya.”

Ini juga bermakna cinta, bantuan dan kasih-sayang.

Bahkan, Nabi (saw) menggunakan perkataan mawla bukan sahaja untuk menggambarkan Ali (ra) tetapi untuk orang lain juga. Lihat hadith berikut telah disampaikan di dalam Bukhari Jilid 4, Kitab 56, Nombor 715 & dan lain-lain.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah: Rasulullah saw bersabda, “Suku-suku Quraisy, Al-Ansar Juhaina, Muzaina, Aslam, Ghifar dan Asyja ‘adalah penolong-penolongku (mawaalii), dan mereka tidak mempunyai pelindung melainkan Allah dan Rasul-Nya.”

Terdapat contoh-contoh lain juga tetapi saya fikir bahawa di atas adalah mencukupi untuk sebagai hujjah.

Ia penting untuk membuktikan bahawa Nabi (saw) tidak mengatakan ‘selepas aku’ (dalam mana-mana riwayat yang sahih). Dia hanya berkata “man kuntu mawlah fa Ali mawlah” tanpa memberi apa-apa jangka masa.

Ini bermakna bahawa tempohnya abadi.

Jika Nabi (saw) bermaksud “ada di antaramu yang di bawah kepimpinan saya, beliau juga adalah di bawah pimpinan Ali”, sebagaimana difahami oleh Syi’ah – jika seandainya Nabi (saw) bermaksud itu, maka akan menjadi masalah yang LEBIH BESAR – akan wujud dua kepimpinan bagi umat Islam pada masa Nabi (saw) – iaitu baginda (saw) dan Ali (ra) – dan ini tidak boleh diterima sama sekali.

Sudah tentu, Nabi (saw) tidak bermaksud begitu dan para sahabat juga tidak memahaminya begitu, jika tidak akan menjadi fitnah yang amat besar – dua pemimpin dalam satu masa.

Walau bagaimanapun, ia membawa arti lebih daripada satu ‘mawla’ dalam satu masa yang sama iaitu baginda (saw) dan Ali (ra) – untuk meraka mengasihi, menyintai dan membantu Nabi (saw), begitu juga kepada Ali (ra).

Saya berharap bahawa di atas adalah mudah dan jelas.

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang keraguan atau kekeliruan tertentu, sila beritahu saya dan inshaAllah saya boleh menyelidiki lebih ke dalamnya. Pandangan Sunni ialah hadith Ghadir Khum tidak ada kena mengena dengan yang kepimpinan selepas Nabi (saw). Ini bermakna, bahawa Ali begitu dicintai oleh Nabi (saw) dan bahawa kita harus mengasihi Ali (ra) dan memberikan bantuan kepadanya.

Semoga Allah (swt) membawa kita bersama Saidina Ali (ra) dan seluruh para sahabat (semoga Allah meridhai mereka semua) ke arah kolam untuk diminum dari tangan mulia Nabi (saw).

Bersambung ke Bab 6…

Kredit:

Seperti Yang diceritakan oleh Tuan Hanif didalam group whatsapp.

Gambar daripada www.uniquemorocco.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *