Pandangan SUNNI dan SYI’AH mengenai peristiwa Ghadir Khum (Bahagian 1 / 2)

Oleh Mufti Ibrahim Desai,
Syaikhul Hadith Darul-Ifta Madrasah In’aamiyyah dan Darul Uluum Numaniyyah
Ahli Majlis Fatwa Jamiatul Ulama Kwazulu Natal (KZN) Afrika Selatan

S: Saya ingin tahu pandangan Sunni mengenai peristiwa Ghadir-e-Khum. Apakah perbezaan di antara Syiah dan Sunni mengenainya. Terima kasih. Allah Hafiz.

A: Peristiwa Ghadir Khum dalam al-Quran, Sunnah & Sejarah:

Seperti yang diketahuiu umumu bahawa Syi’ah mengatakan bahawa Ali (rah) adalah orang yang sepatutnya menjadi khalifah yang pertama, bukan Abu Bakr (rah) (atau Umar (rah) atau Uthman (rah)). Mereka membawa bukti-bukti dari kitab Sunni (Bukhari, Muslim dan sebagainya) dan salah satu daripada buktinya adalah hadith Ghadir Khum.

Sebelum memulakan perbicangan ini, kita sedia maklum yang Ali (ra) adalah suami kepada anak perempuan Nabi (saw), Fatima (rah, wanita yang terbaik daripada orang-orang di Jannah), dia adalah sepupu nabi (saw), dan dia adalah Khalifah keempat yang mendapat petunjuk dan mempunyai sifat-sifat yang mulia bagi kita semua contohi.

Walau bagaimanapun, perbincangan ini bukan berkenaan dengan sifat kemuliaan yang ada pada Ali (ra). Kita berbincang adakah hadith di Ghadir Khum mengandungi bukti bahawa Ali (ra) sepatutnya dilantik sebagai khalifah pertama.

Kita mulakan dengan membaca satu hadith dari Sahih Muslim Kitab 031, Nombor 5920 seperti di bawah:-

Yazid ibn Hayyan (rah) dilaporkan, saya pergi bersama-sama dengan Husain ibn Sabra (rah) dan ‘Umar ibn Muslim (rah) kepada Zaid ibn Arqam (ra) dan, sedang kami duduk di sisinya, Husain (rah) berkata kepadanya,

“Zaid (ra), kamu telah memperolehi keutamaan yang besar dengan melihat Rasulullah (saw), mendengar ucapan baginda (saw), berjuang dalam berbagai-bagai pertempuran dengan pasukan baginda (saw), shalat di belakang baginda (saw). Zaid, kamu sebenarnya memperoleh keutamaan yang besar. Zaid, ceritakan kepada kami apa yang kamu dengar dari Rasulullah (saw kepadanya).”

Beliau (Zaid ra) berkata:

“Saya telah menjadi tua dan hampir menghabiskan umur saya dan saya tidak berapa ingat perkara yang saya ingat dahulu berkaitan dengan Rasulullah (saw kepadanya), maka terimalah apa yang saya ceritakan kepada kamu, dan yang saya tidak sampaikan jangan paksa saya untuk berbuat demikian.”

Selanjutnya, Zaid (ra) telah berkata:

“Pada hari itu Rasulullah (saw) berdiri untuk menyampaikan khutbah di sebuah tempat yang ada air yang dikenali sebagai Khum – terletak di antara Mekah dan Madinah. Baginda memuji Allah, mengagungkan-Nya dan memberikan ucapan, menggesa (kami) dengan sabdaan:

“Sekarang tujuan kita. Wahai manusia, daku juga manusia. Daku akan menerima utusan (malaikat maut) dari Tuhanku dan daku, sebagai balasan terhadap panggilan Allah itu, (akan membida selamat tinggal kepada kamu semua), tetapi daku tinggalkan diantara kamu dua perkara penting – satunya ialah Kitab Allah yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya, berpegang teguhlah kepada kitab Allah dan mematuhinya.” dan kemudian bersabda, “Yang kedua adalah ahli keluargaku, daku mengingatkan kamu (tanggungjawab kamu semua) terhadap ahli-ahli keluarga (ahlul bait) daku.”

Beliau (Husain rah) bertanya kepada Zaid (ra):

“Siapakah ahli-ahli keluarga (ahlul bayit) baginda? Bukankah isteri-isterinya itu ahli-ahli keluarga baginda?”

Lelaki (Zaid ra) itu menjawab:

“Isteri-isterinya juga adalah ahli-ahli keluarga baginda (tetapi di sini), ahli-ahli keluarga (yang dimaksudkan) adalah mereka-mereka yang mana siapa penerimaan zakat adalah dilarang.”

Dan dia (Husain rah) berkata:

“Siapakah mereka?”

Beliau (Zaid ra) menjawab:

“’Ali dan keturunan ‘Ali, ‘Aqil dan keturunan’ Aqil dan keturunan Ja’far dan keturunan Abbas.”

Husain (rah) berkata:

“Inikah mereka-mereka yang mana siapa penerimaan Zakat adalah dilarang?”

Zaid ra menjawab:

“Ya.”

Keterangan dari hadith di atas

Hadits ini juga diriwayatkan dalam kitab-kitab lain: Tirmithi, Ahmed, An-Nasai, Al-Hakim dan lain-lain. Hampir semuanya hanya dalam bahasa Arab (tiada terjemahannya). Di sini, saya akan menterjemahkan perkara-perkara yang penting, insyaaAllah dan begitulah seterusnya.

Di dalam Musnah Ahmad:

Ibn Namir (rah) memberitahu kami bahawa Abd Al-Malik (Ibn Abi-Sulayman) (rah) memberitahu kami berkenaan Attia Al-`ufi (rah) yang berkata:

“Saya bertanya kepada Zaid bin Arqam (ra) dan memberitahunya bahawa beberapa orang memberitahu saya hadith berkenaan dengan Ali (ra) pada hari Ghadir Khum dan saya mahu mendengarnya daripada kamu.”

Seterusnya Zaid (ra) berkata:

“Kamu rakyat Iraq, kamu sudah dapat apa yang ada padamu sekarang.”

Daku memberitahunya (ra): “Jangan risau berkenaan diri saya.”

Beliau (Zaid ra) berkata:

“Ya kami berada di Al-Juhfa dan Nabi (saw) datang kepada kami memegang tangan Ali (ra) dan bersabda: “Wahai kaum tidakkah kamu ketahui bahawa daku ini beserta dengan orang yang beriman dari dalam diri mereka sendiri.”

Mereka berkata, “Ya”

Baginda (saw) bersabda:

“Kuntu mawlaah fa Ali mawlaah.”

(Attia) bertanya, “Adakah baginda bersabda, “Man waalah wa `ad man `adaah man waalah wa `ad man `adaah.” (Ya Allah: Tolonglah sesiapa yang berbaik dengan beliau (Ali (rah)) dan bermusuhlah kepada sesiapa yang bermusuhan dengan dia).”

(Zaid ra) berkata:

“Daku memberitahu kamu apa yang daku sendiri mendengarnya.”

Keterangan dari hadith

Perkataan “Kuntu mawlaah fa Ali mawlaah.” adalah shahih dan kukuh. Penambahan, “Wahai Allah berbaiklah kepada sesiapa yang berbaik dengan beliau dan bermusuhlah kepada sesiapa yang bermusuh dengan dia” juga dipercayai, walaupun dhaif. Walau pun ada di kalangan para ulama hadith yang menambahkannya namun dengan itu kita tidak akan berbincang tentang itu. Kita hanya akan berbincang mengenai perkataan yang shahih sahaja.

Hadith ini digunakan sebagai dalil bahawa Ali adalah khalifah yang sepatutnya itu. Syi’ah mengatakan bahawa “mawla” bermaksud “wali” (pemimpin), oleh itu ini bermakna bahawa Nabi (saw) telah menjelaskan umat Islam bahawa Ali (ra) adalah khalifa yang seterusnya. Ini adalah hujjah mereka berdasarkan hadith ini.

Dari perspektif Syi’ah ia bermaksud “man kuntu waleeh, fa Ali waleeh” iaitu yang berarti “jika aku ini adalah pemimpin bagi seseorang, maka Ali juga adalah pemimpinnya.”

Selanjutnya, kita akan mendalami dari perspektif Sunni apakah yang dimaksudkan dengan “man kuntu mawlah, fa Ali mawlah” (“jika daku ini adalah ‘mawlah’ bagi seseorang, maka Ali juga adalah ‘mawlah’nya”).

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Akan bersambung… insyaaAllah.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Bersambung ke Bab 5…

Kredit:

Seperti Yang diceritakan oleh Tuan Hanif didalam group whatsapp.

Gambar daripada www.uniquemorocco.com

SHARE
Previous articleSejarah Politik Islam – Bab 3
Next articleSejarah Politik Islam – Bab 5
A modern slave that they call as the executive, a workaholic freelancer, a confused father of 2, a cool husband, an obedient son, a constant learner of new things and a humble slave of God.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here