Assalaamu’alaikum Wa Rahmatullah.

Khulafa-ar-Rashidin yang pertama, Saidina Abu Bakar (ra)

Keperibadian Saidina Abu Bakar (ra) yang tawadhu

Namun, sehari selepas peristiwa bay’ah itu Abu Bakar meletakkan kain-kain di atas bahunya dan bergerak ke arah ‘souk’ (pasar). Beliau bertemu dengan Umar (ra) dan beberapa sahabat lain (ra) dan mereka bertanya beliau mahu pergi kemana dan dijawab olehnya, “Ke pasar”. Mereka bertanya, “Kamu sekarang Amirul Mukminin dan kamu mahu berniaga ke pasar?” Abu Bakar (ra) menjawab, “Bagaimanakah saya mahu menyara anak-anak saya?” Kemudiannya, beliau diberitahu berkenaan peruntukan dari Baitul Mal untuk beliau sebagai Khalifah.

Politik Khalifah Abu Bakar (ra) berhadapan dengan pemberontak

Khalifah Abu Bakar (ra) adalah orang yang berkeruhanian tinggi dan sederhana. Namun ini tidak menjadikannya lemah apabila wujudnya golongan pemberontak yang enggan berbay’ah dengan beliau – Abu Bakar telah menggunakan kemahirannya dalam memahami politik antara kabilah-kabilah Semenanjung Arab dengan bertindak cepat bersama para-para sahabat (ra) memerangi pemberontak – selepas setahun dalam medan perang – Abu Bakar (ra) menang dengan cemerlang. Di atas kepentingan Islam, Ali (ra) memilih berpadu dan terus berbaiah kepada Abu Bakar (ra).

Pandangan Khalifah Abu Bakar (ra) terhadap dua empayar gergasi – Rum Timur dan Parsi

Khalifah Abu Bakar (ra) tidak berhenti setakat itu, beliau mulai memandang ke arah kerajaan Parsi dan Empayar Rum Timur. Dalam satu keputusan yang berani dan tegas, beliau mulai melancarkan penaklukan Islam ke atas dua-dua empayar itu sekaligus, dengan meletakkan syarat Diniah tiada sesiapa di kalangan wanita atau orang tua yang dicederakan, tiada gangguan pada tempat-tempat ibadah mereka.

Panglima perang Abu Bakar di sempadan Parsi, iaitu Khalid (ra) telah menakluk dengan jayanya di Hira dan Anbar, sedangkan empat ketumbukan tentera Islam ke arah Barat sempadan Rum menghadapi peperangan yang sengit di Gaza, Jerusalem dan Damaskus oleh tentera lawan yang besar dan kuat.

Abu Bakar (ra) mengarahkan Khalid (ra) agar bergerak ke arah Barat di tempat persaingan sengit itu berlaku dan pada Ogos 634M di Ajnadyn, Palestin – Khalid (ra) telah meminta tentera Islam memberi mandat kepada beliau menjadi ketua tentera dalam satu hari sahaja, sebaik sahaja dipersetujui beliau mengetuai mereka, menyatukan mereka dan akhirnya tentera Islam berjaya mencapai kemenangan pada hari itu juga.

Malangnya, sebaik sahaja kemenangan di Ajnadyn, Palestin dan selepas dua tahun menjadi Khalifah, Abu Bakar (ra) wafat pada umur 61 tahun.

==================================================================
Tajuk Seterusnya : Perbahasan ucapan Rasul (saw) di Ghadir Khum yang menggelar Ali (ra) sebagai ‘mawlah’ dari perspektif Syiah dan Sunni.

Bersambung ke Bab 4…

Kredit:

Seperti Yang diceritakan oleh Tuan Hanif didalam group whatsapp.

Gambar daripada www.uniquemorocco.com

SHARE
Previous articleSejarah Politik Islam – Bab 2
Next articleSejarah Politik Islam – Bab 4
A modern slave that they call as the executive, a workaholic freelancer, a confused father of 2, a cool husband, an obedient son, a constant learner of new things and a humble slave of God.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here