Assalaamu’alaikum Wa Rahmatullah.

Kewafatan Nabi Muhammad (saw)

Kembali mengimbau nostalgia di Masjid Bay’ah yang terletak di luar Makkah pada tahun 622M apabila satu delegasi dari Madinah telah berbay’ah dengan Nabi Muhammad (saw). Selepas itu Nabi Muhammad (saw) kembali ke Makkah bersiap untuk berhijrah ke bumi suci Madinah dengan diikuti oleh para-para sahabat beliau yang dipanggil kaum Muhajirin. Mereka disambut dengan penuh kasih-sayang oleh kaum Ansar di Madinah, kedua-dua golongan ini disebut para-para Sahabat (ra) – rakan akrab yang taat setia dengan Nabi Muhammad (saw).

Selama 10 tahun selepas penghijrahan itu Nabi (saw) telah membina negara Islam yang pertama di dunia. Pada bulan Jun 632M Nabi Muhammad (saw) telah wafat tanpa menamakan penggantinya secara jelas, dengan suramnya keadaan di Madinah seperti biri-biri yang ketakutan pada malam yang dingin seakan-akan semuanya menghampiri satu sama lain dalam kegelapan, kedinginan dan ketakutan.

Ucapan Nabi (saw) di Ghadir Khum

Tiga bulan sebelum Nabi (saw) wafat, Nabi (saw) telah menyampaikan amanah di satu tempat bernama Ghadir Khum dengan mengangkat Ali (ra) sebagai”’man kuntu mawlah fa Ali mawlah” yang berarti “jika aku ini adalah ‘mawlah’ bagi seseorang, maka Ali juga adalah ‘mawlah’nya.”- berpecahnya ummat Islam Sunni dan Syiah daripada perkataan ‘mawlah’ itu – kelompok Sunni memahaminya ketua keluarga dan kecintaan Rasulullah (saw) pada Ali (ra), sedang Syiah mengertikannya bukan setakat ketua keluarga Rasulullah (saw), bahkan bagi seluruh ummat Islam – mereka merayakan peristiwa ini setiap tahun. Oleh kerana itu, di kala kewafatan Rasulullah (saw), Ali (ra) sibuk dengan pengkebumian Nabi Muhammad (saw) – satu penghormatannya atas beliau selaku ketua Bani Hashim.

Bagi Sunni – Nabi (saw) tidak merancang secara jelas siapakah calon pengganti baginda (saw) selepas kewafatannya.
Bagi Syiah – Nabi (saw) telah menentukan calon pengganti baginda (sa) iaitu sepupu dan menantu baginda (saw) – Ali (ra). Bagi Syiah, mustahil Nabi (saw) tidak mencalonkan pengganti baginda (saw).

Walaubagaimana pun, Nabi Muhammad (saw) telah meninggalkan negara Islam yang ‘muda’ dan ‘bersemangat’- yang telah menyatukan sebahagian besar kabilah-kabilah di Semenanjung Arab, dengan Madinah sebagai ibu negaranya.

Mesyuarat perlantikan Khalifah pertama

DI pondok yang tawadhu dalam Sokaifat Bani Saedah, para-para Sahabat yang rapat dengan Nabi Muhammad (saw) dan yang awal memeluki Islam (dikenali sebagai ahlul halli wal ‘aqdi) telah bermesyuarat, dengan kaum Ansar merasakan mereka adalah penduduk asal dengan lebih besar bilangannya – dan lebih berhak mengambilalih kepimpinan Rasulullah (saw). Namun, Abu Bakar (ra) dan Umar (ra) dari kaum Muhajirin telah mencelah dengan mengatakan mereka telah meninggalkan tanahair dengan berhijrah ke Madinah dan yang paling awal memeluki Islam – hujjah-hujjah Muhajirin ini berasaskan unsur-unsur Diniah (keagamaan).

Selepas berjam-jam dihujani hujjah demi hujjah, Abu Bakar (ra) bertanya kepada mereka yang hadir dalam mesyuarat itu, “Adakah kamu mahu menerimanya, Umar (ra)?” Namun, Umar (ra) menjawab, “Saya tidak akan mendahului kamu (Abu Bakar ra). Kamu mengimamkan solat sewaktu Rasul (saw) masih hidup. Berilah tanganmu kepadaku.” Lantas, Umar (ra) segera berbaiah kepada Abu Bakar (ra). Sebaik sahaja Umar (ra) menggengam tangannya dalam berbaiah dengan Abu Bakar (ra), seluruh kaum Ansar bergegas mengikuti tindak-tanduk Umar (ra) dengan berbaiah kepada Abu Bakar (ra). Walaubagaimana pun, di kala itu Ali (ra) masih tidak berbaiah – disini mulanya asas-asas bagi fahaman Syiah.

Bersambung ke Bab 3…

Kredit:

Seperti Yang diceritakan oleh Tuan Hanif didalam group whatsapp.

Gambar daripada www.uniquemorocco.com

 

SHARE
Previous articleSejarah Politik Islam – Bab 1
Next articleSejarah Politik Islam – Bab 3
A modern slave that they call as the executive, a workaholic freelancer, a confused father of 2, a cool husband, an obedient son, a constant learner of new things and a humble slave of God.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here