Assalaamu’alaikum Wa Rahmatullah

Pengenalan.

Khilafah secara umumnya diketahui bermakna pengganti atau timbalan – iaitu satu bentuk pemerintahan dalam Islam yang berakhir pada kurun ke-13 selepas kewafatan Nabi Muhammad (saw) hinggalah Khalifah Uthmaniah yang terakhir yang digulingkan pada tahun 1924M.

Berkurun lamanya istilah Khalifah digunakan, malangnya ada yang menyalahgunakannya – pada Jun 2014, satu pergerakan bersenjata Islam yang menggelar diri mereka Islamic State of Iraq and Levant – ISIL mengistiharkan pembentukan satu Khilafah.

Satu seruan yang ditolak oleh majoriti ummat Islam di dunia termasuk para-para ulama.

ISIL mengangkat pemimpin mereka Abu Bakar al-Baghdadi sebagai seorang Khalifah yang berketurunan Quraisy, satu pengistiharan untuk mewajarkan segala tindakan mereka atas nama siyasah Islam.

Baghdadi telah memusnahkan legasi-legasi sejarah Khilafah yang dinilai tinggi, padahal mereka adalah individu-individu yang tidak pernah mempelajari dan memahami sejarah silam dan masa kini dalam Islam – dengan memusnahkan bahan-bahan sejarah yang dipelihara sejak zaman Khilafah dahulu.

Ini adalah kisah inspirasi dunia Islam sejak 1400 tahun dahulu – kisah berbagai-bagai Khilafah Islam yang dikenali dunia – bangun dan jatuh – diakhirnya runtuhnya institusi Khilafah Uthmaniah – ini adalah kisah para-para Khalifah.

Bersambung ke Bab 2…

Kredit:

Seperti Yang diceritakan oleh Tuan Hanif didalam group whatsapp.

Gambar daripada www.uniquemorocco.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *