Khamis lepas aku baru je dapat bungkusan istimewa daripada sindiket sol-jah. Sebuah buku yang aku order minggu lepas. Siapa Kekah Bidan Sepiah? Menarik tajuk dia kan?

Dah lama dah nak beli buku ni, tetapi blum ade rezeki masa tu. Rupa-rupanya diorang dah kluarkan byk buku2 yang pada aku agak menarik dan lain daripada lain. Gaya penulisan yang agak selamba dan santai. Diselitkan deskripsi-deskripsi yang agak lawak. Watak-watak yang unik dan jalan cerita yang menarik.
Bila baca novel ni teringat pada jalan cerita Pulp Fiction(1994). Gaya penceritaan yang agak berterabur tetapi sengaja dibuat begitu supaya pembacaan adalah lebih menarik dan tidak la terlalu mengikut turutan jalan cerita. Aku suka. Ceritanya dimulakan dengan plot yang sepatutnya ditengah-tengah cerita dan plot awal pula diletakkan diakhir cerita. Setiap bab pula adalah cerita daripada pandangan setiap watak-watak utama.
Baru je habis baca petang tadi. Mula-mula tu baca sambil gelak2. Pastu part citer Leha Kebaya Jarang kena aniaya dengan orang kampung terus berubah mood. Sadis betul. Ingatkan Encik Renjer nak tolong. Tapi bagi idea yang sadis plak. Kalo korang nak tau ape jadi pada Leha Kebaya Jarang korang kena la beli novel ni dan baca sendiri. Malas aku nk citer kat sini. Persoalan tentang siapa kekah bidan sepiah, aku rasa pada novel tu ada bagi hint yang rasanya agak jelas. Tapi tak pasti la kalo aku tersalah faham plak.
Ape-ape hal pun korang baca la sendiri lagi syok. Kalo aku duk citer kat entry ni nanti tak laku plak novel tu.
Antara senarai watak-watak yang aku rasa sempoi dalam novel ni:
- Leman Kompang
- Abdul Kadeer Kuti
- Jali Lempoyang
- Wak Karmon
- Pak Akob Baju Kot
- Dukun Najri Kamarianto
- Leha Kebaya Jarang
- Encik Renjer
- Ucin Pipit Uban
- Pak Din Besi
- Osman Langit
- Gedek Jaki
- Man Cuak
Mane ntah idea dapat nama-nama camni. Anyway, thanks la sindiket sol-jah kerana menghasilkan karya santai camni. Seronok je baca. Rugi plak rasanya tk baca novel-novel keluaran korang sebelum ni yang dah sold-out.











