Sila tunggu...
 

azrilaziz.com

Skip to content
  • Home
  • About
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
← Older posts
Newer posts →
Jul 14

Aku suka tgk…

Aku suka sgt tengok citer2 lawak. Biasa la, orang melayu tgk lawak melayu. Dulu jarang sgt aku nk tgk citer melayu ni. Sbb citer melayu ni champion bab2 adegan nangis, rebut2 harta dan cinta 3 segi dan segiempat mahupun pentagon. Tapi skang pengarah-pengarah melayu dah ramai yang buat citer lawak. Dalam sedih pun sure ade selit2 lawak gak tu.

Tapi tak semua lawak-lawak dlm citer melayu tu lawak sgt. Kdg2 tu tak gelak pun dan tercari-cari punch line. Kdg2 kita dh dapat tau dh punch line dia ape sblm lawak tu capai klimaks.(Kes-kes camni aku gelar ‘premature ejaculation‘) Masa tu terpikir2 samada nk gelak atau tak.

Oleh kerana aku rakyat malaysia yang tinggal di malaysia tanah air ku tercinta ini, maka aku sama seperti kebanyakan rakyat2 satu Malaysia yang lain, tidak mempunyai pilihan selain daripada melanggan astro bagi mencapai hiburan tahap maksimum dikala waktu-waktu senggang terutama waktu malam ketika bersama keluarga. Ya, aku sedar walaupun dengan melanggan astro, hiburan diwaktu prima itu tidak la semaksimum mana pun. Tetapi aku tetap bersyukur. Alhamdulillah….

Tadi aku tergelak tgk satu citer bersiri kat astro ni. Boleh plak bos datang opis muka berseri-seri, senyum-senyum, suka-suka sambil menyanyikan lagu “♫Bila izrail datang memanggil…. ♫”- tak leh blah tul la lawak cenggini…

Dgr citer Novel Karipap-Karipap Cinta nk dibuat movie la plak. Pergh! Dahsyat….

Posted in Story | Leave a comment | Posted on July 14, 2010 by azril|
Jul 08

Test Your English Proficiency

Test ni aku amik kat jobstreet.com JobStreet English Language Assessment (JobStreet ELA)

Below are the results:

Your Assessment Result
Thank you for taking the assessment

Your result:
Total Questions Attempted: 40
Total Questions Correct: 37 (Conversational:9; Vocabulary:10; Grammar:8; Comprehension:10) Publish to Facebook

See how you performed compared to other test takers:
You did better than:-
88% of all other test takers.

86% of test takers from Malaysia.

79% of test takers from Malaysia who are specialised in IT/Computer – Software.

89% of test takers from Malaysia who are with the position of Junior Executive.

85% of test takers from Malaysia who are with Bachelor’s Degree certification.

85% of test takers from Malaysia who studied Computer Science/Information Technology.

89% of test takers from Malaysia who graduated in Malaysia.

84% of test takers from Selangor, Malaysia.

Ok la untuk orang yang dah lama tk berbahasa Inggeris. Kalo ade pun Manglish je. Tulis blog pun skang dh tulis dlm bahasa Melayu. Hehe….

Posted in Uncategorized | Leave a comment | Posted on July 8, 2010 by azril|
Jul 08

Perlahankan Bas Menggunakan Air

Sejak kebelakangan ni banyak kes-kes pasal kemalangan bas melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan parah pada penumpang-penumpang yang tidak bersalah. Tak kurang juga pasal kes masalah disiplin pemandu bas yang memandu secara bahaya. Brek dengan mengejut, memecut dengan tiba-tiba dan sebagainya. Aku dah lama tak naik bas. Bukan rindu nak naik bas tapi rasa lega dh tak naik bas dah. Tak larat la naik bas. Baik naik kereta sendiri.

Sebuah syarikat bas di China melancarkan kempen ‘Pemanduan Selamat’(Drive Safely) dengan menggantungkan sebuah mangkuk besar berisi air didalam bas bersebelahan tempat duduk pemandu bas.

Pemandu takut basah

Pemandu Contoh.. hehe..

Menurut Syarikat Bas Awam Longxiang di Hunan, China, pemandu bas perlu memandu dengan berhati-hati supaya air didalam mangkuk tidak tertumpah keluar. Pemandu bas perlu memastikan air didalam mangkuk tersebut masih penuh selepas habis waktu syif kerja mereka.

Terdapat pro dan kontra terhadap cara begini. Dari segi pro akan menjadikan pemandu lebih berhati-hati dan lebih bertimbang rasa. Takde la pemandu main brek-brek mengejut dan memecut secara tiba-tiba. Pemandu bas juga tidak akan sewenang-wenangnya membuat lap diselekoh-selekoh tajam atau membuat u-turn dengan laju sambil menderaukan darah setiap penumpang. Takde la naik bas rasa cam naik rollercoster. Bayangkan kalo pemandu bas mengantuk dan terpusing stereng ke kanan, sure segar terus pemandu tu sbb mandi dengan air dalam mangkuk tu. Mantap gak idea ni… hehe

Dari segi kontranya, pemandu akan terlebih menumpukan perhatian untuk tidak menumpahkan air didalam mangkuk tu daripada menumpukan perhatian pada jalanraya. Kemungkinan perjalanan pun akan mengambil masa yang lebih panjang dan kurang trip perjalanan oleh pemandu bas. Ini juga akan turut menjengkelkan pemandu-pemandu kereta lain ketika berada di perhentian lampu isyarat.

Bawak bas terkedek2 kalau dah lampu hijau kat jalanraya KL ni sure kena hon kuat2 punya. Paling bangsat pun sure orang bukak tingkap sambil angkat tangan isyarat “pooodah…!!!”

Apa-apa pun diharap pemandu bas dapat la memandu dengan lebih berhemah dan ingat la orang yang tersayang.

Sumber:Water way to slow down bus drivers

Posted in Uncategorized | Leave a comment | Posted on July 8, 2010 by azril|
Jul 08

Bila Kedua-dua Pasukan Tak Mau Menang

Clip ni diambil daripada youtube.com.

Berikut adalah petikan daripada penerangan yang terdapat pada klip tersebut.

In the first round of the 2nd ASEAN Football Championship about 8 years ago Thailand(red) played against Indonesia(white) in the last game of their group phase. The two teams didn’t want to win the match because they didn’t want to face Vietnam, hosts in the semi-final. That’s the reason why Indonesia’s defender(White kit -no.8) scored the own goal intentionally in the injury time of the second-half. Thailand won 3-2 and faced Vietnam in the semi-final.
“During the second half both teams managed to score, partly thanks to half-hearted defending, resulting in a 2-2 scoreline after 90 minutes. Then, during injury time, Indonesian defender Mursyid Effendi deliberately kicked the ball into his own goal, despite the Thai’s attempts to stop him doing so, thus handing Thailand a 3-2 victory. Both teams were fined for “violating the spirit of the game” and Mursyid Effendi was banned from football for life.

Macam ni punya main bola pun ade ke?… cheitt!!!…

Sumber: youtube

Posted in News, Story | 1 Comment | Posted on July 8, 2010 by azril|
Jul 08

Kereta Remuk DiBaling Sampah

Artikel diambil daripada Harian Metro:

Kereta remuk dibaling sampah
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Raja Noraina Raja Rahim
2010/07/08

Lebih malang pabila pemilik kereta berkenaan yang juga seorang jurujual terpaksa menanggung kerugian RM1,500 bagi kos membaik pulih kenderaan itu yang pecah pada bahagian cermin hadapan serta kemek pada bumbung.

Mangsa, Lau Boon Seng, 26, berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam, Khamis lalu, dia terkejut apabila dimaklumkan seorang jirannya yang tinggal di tingkat satu berhubung kejadian itu.

Menurutnya, dia yang tinggal di tingkat dua bergegas turun sebelum mendapati kereta Proton Satria miliknya kemek dihempap plastik sampah. “Agak mengejutkan apabila bungkusan plastik sampah itu yang mengandungi sisa makanan dan botol kaca bertaburan di atas bumbung kereta saya.

“Berdasarkan kesan kemek dan pecah itu, saya yakin bungkusan sampah itu dibuang penghuni yang tinggal di tingkat paling atas flat 17 tingkat berkenaan,” katanya.

Menurutnya, bungkusan sampah itu mengandungi botol kicap, sos cili, sisa makanan, kotak produk inai selain peralatan menghisap dadah.

“Jika plastik sampah yang dibuang itu terkena penduduk pasti kecederaan yang dialami boleh membawa maut,” katanya ketika ditemui, semalam.

Lau berkata, sikap kurang ajar segelintir penduduk yang sengaja membuang sampah dari tingkap rumah berikutan enggan menggunakan bakul sampah disediakan amat dikesalkan.

“Sebelum ini beberapa pekerja pembersihan yang sibuk menjalankan tugas di tingkat bawah pangsapuri cedera selepas terkena objek keras yang sengaja dijatuhkan dari tingkat atas flat.

“Saya sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan flat termasuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung kejadian berkenaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Cuba baca perkataan yang aku bold kn tuh. Mungkin orang yang baling sampah tu baru lps hisap dadah. Tu yang dia main baling je sampah keluar rumah. Takde sivik langsung.

Posted in News | Leave a comment | Posted on July 8, 2010 by azril|
Jun 26

Priceless

Baju 2 helai : RMxx.xx.

Seluar Jean : RMxx.xx

Set Makeup: RMxx.xx

Isteri dh tk mrh2: PRICELESS.

…

…

…

Tgh hujung bln isteri plak merajuk. Seb baik ade kad kredit. Selamat…

Posted in Life | 3 Comments | Posted on June 26, 2010 by azril|
Jun 24

Baru Lepas Upgrade

Last week baru je lepas update blog ni ke wordpress 3.0 pastu aku tukar theme default wordpress yang baru (Thelonius). Tak sempat lagi nk letak widget and iklan kat sebelah kanan page. Nanti lah kalo ade masa. Enjoy la video features psl wordpress 3.0 kat bawah ni.

Posted in Uncategorized | Leave a comment | Posted on June 24, 2010 by azril|
Jun 19

My New Baby

Ok tk?

Ini adalah Nikon Coolpix L110. Baru je beli last 2 weeks. Akhirnya ade gak la kamera sendiri. Kalo tak selalunya kalo ade events ke nk amik gmbr slalu je pinjam dengan naim. Thanks naim, you are a great friend.

Rupanya kalo tengok sekali imbas sebijik cam DSLR. Tapi jangan tertipu. Ini bukan DSLR. Ini adalah kamera digital biasa yang rupa cam DSLR tetapi features tak cam DSLR. Jenis point-and-shoot camera. Zoom sehingga 15x, 12.1Megapixels, 3.0 inch LCD screen dan boleh merekod HD video. Kira ok ape….Kamera ni tak macam DSLR yang boleh set shutter speed and apperture. Hanya boleh set ISO je. Cuma ade banyak scene2 yang kita boleh pilih berdasarkan keadaan atau situasi ketika mengambil gambar. Contohnya kalo nk amik scene yang pencahayaannya kurang macam gambar dalam bilik boleh pilih scene indoor atau party, kalo waktu malam boleh pilih scene night, kalo outdoor boleh pilih scene panoramic. Scene2 ni secara automatik akan membantu kita setkan shutter speed dan apperture.

Tujuan sebenar aku beli kamera ni adalah kerana nak amik gambar aireen dan family je dan tak mau dah pinjam-meminjam kamera orang ni. Tak best. Alhamdulillah, ada gak rezeki dapat beli kamera ni. Anyway, kalo nak amik gambar guna kamera ni ada trick gak sbnrnya. Untuk mengelakkan daripada gambar diambil akan menjadi blur oleh sebab subjek bergerak, maka shutter speed yang disyorkan adalah 1/60 keatas. Tapi kamera ni oleh kerana shutter speed diset secara auto, so kadang-kadang kalo pencahayaan tak cukup maka shutter speed tu rendah skit. Kadang-kadang tu sampai 1/3, 1/8. Mmg confirm subjek akan jd blur disebabkan tangan jurukamera menggeletar sbb lapar tak makan lagi atau mmg subjek jenis susah nk duk diam seperti anak aku yg comel, Aireen.

Kalo pencahayaan yang cukup, insyaallah leh dapat shutter speed yang tinggi cthnya 1/800, 1/100, dll.Minta maaf la kalo penerangan ini agak amatur. Sebab aku bukannya professional pun bab-bab fotografi ni. Buah cempedak diluar pagar. Ambil galah tolong jolokkan. Saya budak baru belajar, kalo salah jangan plak dijolokkan. Tapi tolong tunjukkan. Hihihi…

Posted in Uncategorized | 6 Comments | Posted on June 19, 2010 by azril|
Jun 18

Hmmm….

Tgh jem kat jalan raya aku sempat lagi aku snap gambar van ni. Cuba teka ape yg peliknya van ni? Maybe ade yg dh tau and tk pelik pun. Maybe tk phm ape yang peliknya. Tapi pada aku inovatif kot owner van ni. Ntah mane dia rembat ntah.

van

Nampak tk ape yg peliknya. Kalo tk dapat tkpe la… Saje je…

Posted in Interesting | 4 Comments | Posted on June 18, 2010 by azril|
Jun 18

Kesian Abg…

Malam tu sambil lepak-lepak tgk tv bersama isteri dan aireen yg separa nakal, kami suami-isteri berborak tentang adik beradik sebelah wife aku. Sambil tangan wife tgh berusaha menghalang aireen mengambil barang-barang diatas meja kopi dia bercerita tentang nasib adik beradiknya (iaitu ipar aku la) sekarang dlm keadaan susah. Kesian katanya. Nak cerita kat sini tk brape manis la plak.
Anyway, tengah citer-citer tu tetiba wife aku ckp “Kalo boleh nnt aireen dh besar saya tak mau kahwinkan dia dgn pekerja kilang. Kesian nanti hidup susah”. Aku dengan buat muka sedih dan buat-buat nk menangis sambil menjawab “Kesian Abg. Abg kawin dengan bekas pekerja kilang. Huhuhu…” sambil menguatkan lagi tangisan olok-olok ku.

Tiba-tiba….

Tanpa disedari bantal keras-keras empuk hinggap di kepala beberapa kali. Aireen yang tgh sibuk menggapai cawan kopi diatas meja berenti skejap sambil sengih-sengih tgk daddy dia kena buli dgn mummy…

Alar…. gurau skit pun tkleh…

Related Posts with Thumbnails
Posted in Funny, Story | 2 Comments | Posted on June 18, 2010 by azril|
Page 2 of 6«12345»...Last »
  • The Time Now:

    Get Adobe Flash player Wordpress Plugin By California Accountant
    ?
  • Creative Commons License
  •  

    September 2010
    M T W T F S S
    « Aug    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  •  



    Azril Bin Aziz's Profile
    Azril Bin Aziz's Facebook Profile



    Follow this blog

    Free Web Site Counter
    People including you have viewed this blog.




  • Archives

    • September 2010
    • August 2010
    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • January 2009
    • November 2008
    • October 2008
  • Blogroll

    • Anime-holic
    • Flazx
    • freelanceswitch
    • HapaCrita
    • Hilang Punca
    • Imran Hadzim
    • irfree
    • Kasiophie
    • Marhaen
    • mijie
    • My Wedding Album
    • nik krizalid
    • Oddee
    • Pippo Blog
    • Ruby Harun
    • Smashing Magazine
    • Udey Ismail
    • Vandelay Design
    • wilsont3ch



  • Joke of the Day

    • What does it mean if you find a horse shoe? Some poor horse is walking around in his socks.
    • What does ever horse and rider do at the same time? Grow old!
    • What do you give a sick horse? Cough stirrup.


  • Pages

    • About
  • Recent Posts

    • Koleksi Lagu-Lagu Raya
    • Berbuka di PICC
    • Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke-53
    • 150 Juta
    • Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Malaysia 1431/2010
  • Recent Comments

    • rahimah best on Berbuka di PICC
    • azril on Hmmm….
    • Hairil Izhar on Hmmm….
    • Hairil Izhar on Bila Kedua-dua Pasukan Tak Mau Menang
    • Hairil Izhar on Priceless
  • About

    I'm happily married to the women I love. Bless with an adourable baby girl-Aireen. Struggling in this hectic life. Work, freelance, life... Will accept any constructive comments for my english. Sorry for the bad english.
Design by: Azril Aziz based on Wordpress TwentyTen Themes
Proudly powered by WordPress.