Aku suka sgt tengok citer2 lawak. Biasa la, orang melayu tgk lawak melayu. Dulu jarang sgt aku nk tgk citer melayu ni. Sbb citer melayu ni champion bab2 adegan nangis, rebut2 harta dan cinta 3 segi dan segiempat mahupun pentagon. Tapi skang pengarah-pengarah melayu dah ramai yang buat citer lawak. Dalam sedih pun sure ade selit2 lawak gak tu.
Tapi tak semua lawak-lawak dlm citer melayu tu lawak sgt. Kdg2 tu tak gelak pun dan tercari-cari punch line. Kdg2 kita dh dapat tau dh punch line dia ape sblm lawak tu capai klimaks.(Kes-kes camni aku gelar ‘premature ejaculation‘) Masa tu terpikir2 samada nk gelak atau tak.
Oleh kerana aku rakyat malaysia yang tinggal di malaysia tanah air ku tercinta ini, maka aku sama seperti kebanyakan rakyat2 satu Malaysia yang lain, tidak mempunyai pilihan selain daripada melanggan astro bagi mencapai hiburan tahap maksimum dikala waktu-waktu senggang terutama waktu malam ketika bersama keluarga. Ya, aku sedar walaupun dengan melanggan astro, hiburan diwaktu prima itu tidak la semaksimum mana pun. Tetapi aku tetap bersyukur. Alhamdulillah….
Tadi aku tergelak tgk satu citer bersiri kat astro ni. Boleh plak bos datang opis muka berseri-seri, senyum-senyum, suka-suka sambil menyanyikan lagu “♫Bila izrail datang memanggil…. ♫”- tak leh blah tul la lawak cenggini…
Dgr citer Novel Karipap-Karipap Cinta nk dibuat movie la plak. Pergh! Dahsyat….






