Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Perlahankan Bas Menggunakan Air

Sejak kebelakangan ni banyak kes-kes pasal kemalangan bas melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan parah pada penumpang-penumpang yang tidak bersalah. Tak kurang juga pasal kes masalah disiplin pemandu bas yang memandu secara bahaya. Brek dengan mengejut, memecut dengan tiba-tiba dan sebagainya. Aku dah lama tak naik bas. Bukan rindu nak naik bas tapi rasa lega dh tak naik bas dah. Tak larat la naik bas. Baik naik kereta sendiri.

Sebuah syarikat bas di China melancarkan kempen ‘Pemanduan Selamat’(Drive Safely) dengan menggantungkan sebuah mangkuk besar berisi air didalam bas bersebelahan tempat duduk pemandu bas.

Pemandu takut basah

Pemandu Contoh.. hehe..

Menurut Syarikat Bas Awam Longxiang di Hunan, China, pemandu bas perlu memandu dengan berhati-hati supaya air didalam mangkuk tidak tertumpah keluar. Pemandu bas perlu memastikan air didalam mangkuk tersebut masih penuh selepas habis waktu syif kerja mereka.

Terdapat pro dan kontra terhadap cara begini. Dari segi pro akan menjadikan pemandu lebih berhati-hati dan lebih bertimbang rasa. Takde la pemandu main brek-brek mengejut dan memecut secara tiba-tiba. Pemandu bas juga tidak akan sewenang-wenangnya membuat lap diselekoh-selekoh tajam atau membuat u-turn dengan laju sambil menderaukan darah setiap penumpang. Takde la naik bas rasa cam naik rollercoster. Bayangkan kalo pemandu bas mengantuk dan terpusing stereng ke kanan, sure segar terus pemandu tu sbb mandi dengan air dalam mangkuk tu. Mantap gak idea ni… hehe

Dari segi kontranya, pemandu akan terlebih menumpukan perhatian untuk tidak menumpahkan air didalam mangkuk tu daripada menumpukan perhatian pada jalanraya. Kemungkinan perjalanan pun akan mengambil masa yang lebih panjang dan kurang trip perjalanan oleh pemandu bas. Ini juga akan turut menjengkelkan pemandu-pemandu kereta lain ketika berada di perhentian lampu isyarat.

Bawak bas terkedek2 kalau dah lampu hijau kat jalanraya KL ni sure kena hon kuat2 punya. Paling bangsat pun sure orang bukak tingkap sambil angkat tangan isyarat “pooodah…!!!”

Apa-apa pun diharap pemandu bas dapat la memandu dengan lebih berhemah dan ingat la orang yang tersayang.

Sumber:Water way to slow down bus drivers

Related Posts with Thumbnails
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.  | Posted on by azril | 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>